Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Sekolah Di Melaka Dan Kuantan Juga DiArah Tutup Akibat Jerebu

by Ezany-Kun in Berita

Kesemua 313 buah sekolah menengah dan rendah di seluruh Melaka diarah tutup bermula esok ekoran Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tahap bahaya. Selain itu, institusi prasekolah termasuk Tadika Perpaduan, Kemas dan di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka serta milik swasta turut diarah tutup.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron berkata kesemua institusi itu hanya akan dibuka semula sekiranya IPU menurun ke tahap sihat untuk aktiviti luar.

“Kita baru sahaja dimaklumkan mengenai penutupan sekolah ini oleh Kementerian Pendidikan dan semua sekolah itu akan dibuka semula apabila diberitahu kelak,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya IPU di Bandaraya Melaka pada 2 petang mencatatkan bacaan 397 manakala Bukit Rambai 456. Idris berkata kerajaan negeri juga menyerahkan tambahan 25,000 topeng muka kepada Jabatan Pendidikan Melaka yang sebelum ini menerima jumlah sama.

Katanya setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) turut menerima 1,000 topeng muka untuk kegunaan orang ramai yang terpaksa keluar rumah untuk melakukan aktiviti harian. Idris berkata seramai 1,500 orang dilaporkan mendapat rawatan berkaitan masalah pernafasan dan sakit mata semalam.

Beliau turut meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) supaya melakukan teknik pembenihan awan di negeri itu bagi menyelesaikan keadaan jerebu yang semakin kritikal.

Di Kuantan, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan semua sekolah di daerah ini dan kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup bermula esok. Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira faktor kesihatan para pelajar ekoran IPU di Kuantan yang mencecah paras tidak sihat hari ini.

“Kalau kita tengok keadaan (jerebu) hari ini, memang teruk…jarak penglihatan pun makin kurang, nak bernafas pun sudah tidak selesa. Bayangkan kalau anak-anak kita ke sekolah esok, ini boleh membahayakan kesihatan mereka,” katanya.

Related posts:

  1. Semua Sekolah Di Sekitar Selangor Dan Kuala Lumpur (KL) DiArah Tutup Akibat Jerebu
  2. Sekolah Terbaik SPM 2010 | Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir
  3. (Gambar) Guru Sekolah Berasrama Penuh Di Bukit Rakit Liwat Pelajar Tingkatan 1
  4. Gempa Bumi Di Sumatera Utara | Selangor, Perak Dan Melaka Rasa Gegaran
  5. Gambar Jerebu Di Sekitar Kuala Lumpur (KL) | 15 Jun 2012

Leave a Comment