Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Semak Mata Demerit KEJARA

by Ezany-Kun in Berita

Sistem KEJARA

Satu Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya kepada pemandu-pemandu kenderaan bermotor yang disabitkan dengan kesalahan-kesalahan terjadual di bawah Motor Vehicles (Demerit Points) Rules 1997.

Objektif Sistem Kejara

* Meningkatkan kesedaran pemandu-pemandu mematuhi undang-undang dan peraturan jalanraya.

* Mewujudkan pemandu-pemandu yang berdisiplin, bertanggungjawab dan bertimbangrasa di jalanraya.

* Membantu usaha-usaha kerajaan mengurangkan kadar kemalangan jalanraya .

Pelaksanaan Sistem Kejara

Sistem Kejara telah dilaksanakan melalui Seksyen 35 , 35A , 37 dan 38 , Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Motor Vehicles ( Demerit Points ) Rules 1997.

Mata demerit pemandu terkumpul di dalam pangkalan data JPJ (Sistem Sikap) apabila pemandu berkenaan di sabitkan oleh mahkamah atau setelah membayar denda di atas kesalahan-kesalahan terjadual yang dilakukan olehnya

Penalti yang dikenakan di bawah Sistem Kejara

Penalti yang dikenakan terhadap pemegang lesen CDL yang mengumpul 15 atau lebih mata demerit

Kali Pertama

- lesen memandu digantung tidak lebih dari 6 bulan

Kali Kedua

- lesen memandu hendaklah digantung tidak lebih dari 12 bulan

Kali Ketiga

- lesen memandu hendaklah digantung tidak lebih 12 bulan; dan

- lesen memandu hendaklah dibatalkan , sekiranya kesalahan dilakukan bagi kali ketiga dalam tempoh 5 tahun.

Bagi lesen CDL yang digantung, pemandu berkenaan tidak boleh memandu atau mendapatkan suatu lesen, samada lesen belajar memandu atau selainnya, untuk memandu kenderaan daripada apa-apa kelas semasa tempoh penggantungan. Bagi pemandu yang telah dibatalkan lesen memandu (Lesen ‘P’), tidak boleh memandu atau mendapatkan suatu lesen, samada lesen belajar memandu atau selainnya daripada apa-apa kelas bagi tempoh dua belas bulan dari tarikh penyerahan balik lesen.

Pemberian Bonus

Bagi pemandu-pemandu lesen CDL yang mendapatkan mata demerit kurang daripada 15 mata, jika tidak melakukan apa-apa kesalahan terjadual selama tempoh 24 bulan berturut-turut, 7 mata demerit akan diketepikan.

Kesalahan kesalahan terjadual dan mata demerit yang dikenakan

Bil 01 Kesalahan: Memandu atau mengawal kenderaan motor semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah.
Mata Demerit: 15

Bil 02 Kesalahan: Memandu dengan melulu atau membahayakan.
Mata Demerit: 15

Bil 03 Kesalahan: Memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbangrasa.
Mata Demerit: 15

Bil 04 Kesalahan: Perlumbaan haram
Mata Demerit: 15

Bil 05 Kesalahan: Seseorang yang tanpa alasan yang munasabah, gagal mengadakan spesimen nafas, darah atau air kencing apabila dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai polis.
Mata Demerit: 15

Bil 06 Kesalahan: Gagal mematuhi lampu isyarat.
Mata Demerit: 10

Bil 07 Kesalahan: Melebihi had laju yang ditetapkan pada sesuatu jalan atau kenderaan

- melebihi 40 km/j Mata Demerit: 10
- melebihi 26 km/j – 40 km/j Mata Demerit: 8
- melebihi 1 km/j – 25 km/j Mata Demerit: 6

Bil 08 Kesalahan: Kesalahan-kesalahan berhubung memotong dan halangan semasa Bil memotong
Mata Demerit: 8

Bil 09 Kesalahan: Gagal memberi laluan kepada ambulans atau kereta bomba atau kenderaan polis.
Mata Demerit: 8

Bil 10 Kesalahan: Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pemandu di lintasan pejalan kaki
Mata Demerit: 8

Bil 11 Kesalahan: Kesalahan-kesalahan berkaitan dengan pemanduan di sebelah kiri jalan
Mata Demerit: 8

Bil 12 Kesalahan: Gagal berhenti di persimpangan
Mata Demerit: 8

Bil 13 Kesalahan: Cuai mengawal dengan wajar pergerakan kenderaan
Mata Demerit: 8

Bil 14 Kesalahan: Mengunakan kenderaan motor di jalan yang disekat
Mata Demerit: 5

Bil 15 Kesalahan: Mengabaikan arahan-arahan dan isyarat-isyarat lalulintas
Mata Demerit: 5

Bil 16 Kesalahan: Mengunakan tayar botak
Mata Demerit: 5

Bil 17 Kesalahan: Memotong di garisan kembar (garisan tidak putus)
Mata Demerit: 5

Bil 18 Kesalahan: Gagal mematuhi syarat syarat yang dilampirkan pada lesen memandu percubaan (kaedah 15A) Kaedah-kaedah kenderaan motor (lesen memandu) 1992 :

i gagal membawa lesen memandu percubaan bersama-samanya semasa memandu Mata Demerit: 5
ii gagal mempamerkan tanda pengenalan di tempat yang mudah dilihat mengikut gambarajah dalam jadual keenam kaedah-kaedah tersebut Mata Demerit: 10

Related posts:

  1. TIndakan Mata Terkumpul Sistem Mata Demerit AWAS & KEJARA
  2. Penguatkuasaan Sistem AWAS & KEJARA
  3. 7 Kebaikan Air Mata Yang Menangis
  4. Semak Saman Trafik Dengan Mudah
  5. Kaunter Online One JPJ DiBuka Di Pasar Tani

Leave a Comment