Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Senarai Peserta Dan Hadiah Masterchef Malaysia Musim 2

by Ezany-Kun in Masterchef Malaysia Musim 2

MasterChef Malaysia musim 2 kembali dengan bertemakan “Dapur Malaysia Ke Persada Dunia”. Setelah berhempas pulas mengharungi ujian dan cabaran yang diberikan, seramai 24 orang peserta MasterChef Malaysia Malaysia telah dipilih terdiri daripada pelbagai aspek kerjaya seperti doktor, arkitek, penasihat kecantikan malah peninju tomoi.

Sementara itu, seperti MasterChef Selebriti Malaysia musim pertama yang lalu, tiga juri masih dikekalkan untuk memberi tunjuk ajar kepada 24 peserta di dapur MasterChef Malaysia musim kedua. Mereka adalah Chef Johari Edrus atau dikenali Papa Joe, Chef Zubir MD Zain dan Chef Adu Amran. Ketiga-tiga mereka ini mempunyai pengalaman luas dalam bidang penyediaan makanan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Tema musim kedua ini semestinya memfokuskan ke arah penyediaan masakan tempatan selain memartabatkan makanan Malaysia di mata dunia. Malah kali ini program realiti masakan ini masih memberi laluan kepada para peserta untuk menunjukkan kebolehan masing-masing dalam bidang masakan dan bakal dilatih oleh tiga chef mereka yang berpengalaman dalam dunia masakan.

Bagi peminat setia program MasterChef Malaysia pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan kebolehan, ketangkasan dan kehebatan 24 peserta MasterChef Malaysia musim kedua dalam melalui pelbagai ujian dan rintangan yang dilalui oleh mereka. Antara cabaran yang bakal dilalui oleh mereka nanti adalah sama seperti yang telah dilalui oleh peserta di musim pertama antaranya Peti Saji Misteri dan Ujian Cipta Rasa (Sabtu), Ujian Sajian Pantas dan Penyingkiran (Ahad), Cabaran Chef Undangan (Isnin), Cabaran Sajian Luar (Selasa), Ujian Rasa dan Penyingkiran (Rabu) dan Kuliah Master (Khamis).

Jadi jangan lupa untuk menyaksikan kehebatan serta kelainan program MasterChef Malaysia musim kedua selain perjalanan 24 peserta yang telah terpilih untuk merebut gelaran Juara MasterChef Malaysia Musim Kedua dan bakal memenangi hadian wang tunai sebanyak RM100,000 pada setiap hari Sabtu hingga Khamis, jam 9.00 malam hanya di Astro Ria (104).

Berikut adalah 24 Finalis MasterChef Malaysia Musim Kedua :

1.Hamdu Joharis bin Othman (29 tahun)
2.Muhammad Khairul Ammar bin Jasni (22 tahun)
3.Hafiz Bukhari bin Zulkefli (28 tahun)
4.Mohd Adlyzan bin Zainal (28 tahun)
5.Rosemah Ibrahim (49 tahun)
6.Nur Shahida Wahab (28 tahun)
7.Ngui Yeang Hong (29 tahun)
8.Kasilah binti Paeng (40 tahun)
9.Ahmad Nuruddin b. Md Rasid (24 tahun)
10.Nur Atiqah bt Anuar (23 tahun)
11.Mohamad Fizuan Syahnaz (19 tahun)
12.Muhd Fazrul Nizam Anaz Anizan (18 tahun)
13.Mohamad Ismail b. Amir (29 tahun)
14.Faizatul Azni bt Muridan (25 tahun)
15.Nurul Shazlina bt Mohd Sharif (31 tahun)
16.Telson Roy a/l Satinathan (26 tahun)
17.Noor Zulaika bt Abas (21 tahun)
18.Ag Matzleinsah Addy b. Aharun (24 tahun)
19.Izyan Hani Mohd Izham (25 tahun)
20.Etiqah Siti Norashikeen (24 tahun)
21.Wan Nur Eda (24 tahun)
22.Wan Ilaika bt Mohd Zakaria (23 tahun)
23.Lokman Nul Hakim (19 tahun)
24.Nora Ashikin bt Abd Basi (26 tahun)

Video Peserta Masterchef Malaysia Musim 2

Related posts:

  1. Ezani, Juara MasterChef Malaysia Musim Pertama
  2. Siapakah Bakal Juara MasterChef Malaysia Musim 1? | Ezani Vs Wahidan
  3. Video MasterChef Malaysia Episode 43 | Youtube
  4. Video MasterChef Malaysia Episode 46 | Youtube
  5. Video MasterChef Malaysia Full Episode

{ 2 comments… read them below or add one }

wanayu October 17, 2012 at 12:15 AM

menarik program macam ni.. selalu sangat dengan nyanyian kan masak kan lagi bagus..

Reply

saadiah November 27, 2012 at 2:20 PM

kenapa Izyani masih berada di MC?

Reply

Leave a Comment