Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Senarai Peserta Protege Mentor 5 TV3 | Video

by Ezany-Kun in Mentor,TV3,Video Klip

Video Peserta Protege Mentor 5

Biodata Protege Mentor 5

Salma

Mentor : Erra Fazira
Nama Penuh : Salmah Binti A. Asis
Umur : 21
Asal: Tawau, Sabah dan anak kelapan dari 9 adik-beradik.

Kenapa Mentor?
Semestinya Salma menyertai Mentor kerana minat dalam bidang nyanyian.

“Saya akan mengambil peluang ini untuk berusaha bersungguh-sungguh dan buktikan bahawa saya bakal menjadi Juara Mentor. Terima kasih kepada Mentor saya, Erra Fazira kerana memberi saya peluang menjadi Protégénya”

Ayish

Mentor : Noh Hujan
Nama Penuh : Muhammad Faris Bin Mohamed Razali
Umur : 21

Ayish, gemar bermain bola sepak dan sering ke gym untuk menjaga stamina dan juga struktur badan. Bermula dengan bermain gong di sekolah menengah semasa berusia 15 tahun, dari situla permulaan Ayish dalam bidang nyanyian setelah mencuba untuk menyanyi di sekolah.

“Saya mahu menjadi Juara sekali gus membuktikan kebolehan saya dalam nyanyian dengan tunjuk ajar serta bimbingan Mentor saya, Noh dan semestinya ingin menjadi penyanyi yang berjaya”

Iqa

Mentor : Edry Abd Halim
Nama Penuh : Nursyafiqah Nasratullah Bt Mohd Nor
Umur : 25

Dilahirkan di Johor Bahru dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Mempunyai kelulusan dalam Pengurusan Pentadbiran. Suka bermain gitar dan bass and juga meminati bidang lakonan. Pernah mengadakan beberapa persembahan gig.

“Ingin maju setapak kehadapan dan menjadi yang terbaik, berbekalkan tunjuk ajar, dan didikan Mentor saya, Edry dan sudah pasti bergelar Juara Mentor musim ini”

Ratnah

Mentor : Afdlin Shauki
Nama Penuh : Ratnah Bt Awal
Suka membaca novel di waktu lapang dan kebanyakan koleksi adalah berbahasa Inggeris. Menari juga adalah sebahagian dari hidup saya selain nyanyian kerana ia penting untuk menjaga kesihatan dan stamina.

“Harapan saya adalah untuk bergelar Juara Mentor dan memenangi RM100,000! Saya akan menggunakan peluang saya untuk menimba ilmu dan pengalaman dari Afdlin Shauki dan juga tenaga pengajar yang lain. Saya ingin menjadi penghibur yang berjaya satu hari nanti”

Shiha

Mentor : Datuk Sharifah Aini
Nama Penuh : Nurshiha Binti Mohd Zikir
Umur : 24

Shiha, di lahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang sering bermain boling atau pergi karaoke di waktu lapang. Shiha mula menyanyi secara serius setelah berhijrah ke Kuala Lumpur kira-kira 6 tahun lalu.

“Saya mahu menimba ilmu dan pengalaman dari Mentor saya, Datuk Sharifah Aini agar boleh melangkah ke tahap yang lebih tinggi. Saya akan menggunakan platform sebaik mungkin supaya saya boleh memenangi pertandingan ini!”

Aiman

Mentor : Rahim Maarof
Nama Penuh : Aiman Hakin Bin Ridza Abdoh
Umur : 22

Selain menyanyi dan bermain gitar, hobi Aiman ialah bersukan. Bola Sepak adalah sebahagian dari hidup Aiman dan pernah mewakili negara ke Kelayakkan Piala Dunia U17. Pengalaman yang tidak akan dilupakan adalah semasa bermain bola sepak bersama skuad Bayern Munich.

“ Saya ingin menambahkan pengetahuan saya tentang muzik dan nyanyian dari Mentor saya, Rahim Maarof dan ingin menjadi seorang penyanyi yang Berjaya”

Link: Gambar Protege & Mentor 5

sumber: mentor5

Related posts:

  1. Senarai Peserta Dan Lagu Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu ke 25 | AJL 25
  2. Senarai Peserta Raja Lawak 5 | Astro Prima
  3. Nino Lelaki Terpendek Dunia | Gambar
  4. Senarai Pemenang Dan Hadiah Pilih Kasih 2
  5. Nama Islam Daphne Iking | Gambar Bertudung

{ 6 comments… read them below or add one }

Anip February 27, 2011 at 9:03 PM

majoriti perempuan jer, huhu

Reply

chii February 28, 2011 at 12:00 AM

eh..da kuar result nya ye..hurm…

x sabar plak nk tgk mentor kali ni

Reply

Ismail N February 28, 2011 at 8:03 AM

Kawe tak leh jadi mentor ke? :D
Takat lagu do re me dan twinkle twinkle tu boleh gak ajar .. he he

Reply

Sabahan Bloggers Club February 28, 2011 at 11:08 AM

Sabah juga lar…. :D :D :D
Saya sokong Salmah ler macam ni…. Hahahahaha….

Reply

mikeon9 February 28, 2011 at 7:13 PM

si aiman under rahim maarof yang nyanyi lagu aizat ke? macam ada potensi nak menang je tapi wa memang tak tahan betul la tengok audition.. bapak kelakar masing-masing.. dari yang tak ada gigi sampai menangis.. adoi.. macam-macam.

Reply

fikryn February 28, 2011 at 9:35 PM

Eh cepatnya ko dapat resultnya bro. Bagus..bagus..
Inilah namanya internet, dunia tanpa sempadan..
Aku teringin sangat nak tengok protegenya afdlin shauki.. macamana agaknya?

Reply

Leave a Comment