12 finalis yang sudah bersedia untuk berentap di Gelanggang Raja Lawak Astro sekaligus menjadi pelapis bagi memeriahkan lagi industri hiburan tanahair terutamanya dalam bidang lawak dan jenaka yang semakin rancak membangun telahpun diumumkan di majlis sidang akhbar yang diadakan semalam.
12 finalis terbaik telah dikenal pasti menerusi sesi ujibakat yang teliti terdiri daripada lapan peserta berkumpulan iaitu; Kumpulan PUKAW, Kumpulan R2, Kumpulan BOBO, Kumpulan KOPIO, Kumpulan BALAS, Kumpulan KAMI, Kumpulan LUCKY, Kumpulan TBO serta empat peserta solo iaitu; NAZMI, MAN, EPY dan LEMAN.
Pengacara bagi Raja Lawak bagi musim kelima masih kekal dengan gandingan pelawak mantap yang juga merupakan bekas peserta Raja Lawak iaitu Johan dan Zizan. Gelanggang Raja Lawak 5 yang bakal bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam bermula 7 Januari 2010.
sumber: rajalawak
Related posts:







{ 1 comment… read it below or add one }
wahhh
ada gurls laa..lawa plak tu
bleh pancing undi nih