Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Seorang Lelaki Tidur Dalam Kereta DiSamun Empat Lelaki

by Ezany-Kun in Berita

Tindakan seorang lelaki tidur sebentar di dalam kereta sementara menunggu rakannya menerima rawatan di Hospital Selayang (HS) di sini, berakhir dengan nasib malang apabila disamun empat lelaki membabitkan kerugian hampir RM10,000, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun menghantar rakannya ke hospital itu untuk menerima rawatan selepas mengadu sakit perut.

Menurut sumber, sebaik menghantar rakannya, mangsa yang mengantuk pergi semula ke kereta Iswara Aeroback yang diletak di luar hospital kerana ingin tidur sementara menunggu rakannya selesai dirawat.

“Bagaimanapun selepas 15 minit terlelap, tiba-tiba empat lelaki tidak dikenali membuka pintu keretanya yang tidak berkunci menyebabkan dia terkejut.

“Walaupun terjaga, mangsa tidak sempat berbuat apa-apa apabila suspek terus memukulnya beberapa kali sebelum meminta dia menyerahkan barangan berharga,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang ketakutan kemudian menyerahkan beg duit dan telefon bimbit kepada suspek.

“Salah seorang suspek mengarahkan mangsa keluar dari kereta jika tidak mahu dipukul menyebabkan dia yang bimbang dengan keselamatan diri menuruti arahan itu.

“Sebaik mangsa keluar, suspek menolak mangsa dan terus masuk ke dalam kereta itu sebelum melarikan diri,” katanya.

Related posts:

  1. Seorang Wanita DiTampar, DiTendang Dan DiPijak Lambat Pulangkan Kereta Teman Lelaki
  2. Seorang Remaja, Mohd Solihin Che Kassim Koma Jatuh Motosikal DiBaling Topi Keledar
  3. Lelaki Bersenjata Tukul Besi Tahan 30 Pelajar Tadika, 4 Guru DiJadikan Tebusan di Banglo, Sungai Abong
  4. (Gambar) Nasrudin Mohd Nazli Hilang Tiga Jari Akibat Bermain Mercun Di Kelantan
  5. Gambar Suspek Pembunuh Dr Rohani Kassim, Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Veterinar Perak

Leave a Comment