Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Siapakah Bakal Juara MasterChef Malaysia Musim 1? | Ezani Vs Wahidan

by Ezany-Kun in Hiburan,MasterChef Malaysia

masterchef malaysia akhir

Langkah terakhir menuju ke kemuncak MasterChef Malaysia menjadi milik Ezani dan Wahidan apabila mereka berdua terpilih melalui cabaran berbeza dalam separuh akhir MasterChef Malaysia. Kedua-dua mereka akan berentap dalam MasterChef Malaysia Akhir yang bakal menentukan pemilik hadiah wang tunai RM100,000 dan menerbitkan buku masakan sendiri.

Ezani Farhana, seorang doktor gigi berusia 26 tahun terpilih sebagai peserta pertama memasuki pusingan akhir MasterChef Malaysia apabila memenangi Cabaran Peti Saji Misteri. Hidangan Ayam Gulung Dengan Krim Asparagus Dan Tat Bawang dan Kek Coklat Kelapa Dan Anggur ternyata memikat hati kesemua juri termasuk juri khas yang didatangkan dari seberang lautan iaitu Juara MasterChef Australia Musim ke-2 iaitu Adam Liaw.

Cabaran Peti Saji Misteri yang mempunyai 2 peti kali ini menduga 4 peserta ini mengulangi kembali cabaran dalam Boot Camp MasterChef Malaysia apabila diberikan Bawang, Ayam, Telur Ayam dan Kelapa di peti pertama dan Kukur Kelapa, Pemukul Telur, Pisau Debone dan Pisau Cincang dalam peti kedua untuk mereka gunakan.

Selain cabaran kemahiran yang perlu mereka lalui kembali, peserta dikehendaki menyediakan 2 hidangan menggunakan kesemua bahan yang diberikan. Hidangan yang perlu disediakan dalam masa 2 jam ini adalah 1 hidangan utama dan 1 pencuci mulut. Konsep “Pantri Terbuka” sekali lagi digunakan dalam cabaran kali ini.

3 peserta yang tidak terpilih iaitu Amita, Wahidan dan Zamir yang tidak berjaya dalam cabaran pertama ini melalui satu lagi cabaran yang juga memerlukan peserta menggunakan kemahiran dalam penyediaan bahan mentah serta kemahiran memasak. Kemahiran kali ini memerlukan mereka menyediakan “Sayuran Tourne” iaitu membentuk sayuran menjadi seakan-akan bola ragbi.

Dalam cabaran terakhir ini juga mereka dikehendaki menyediakan satu hidangan yang terdiri daripada 3 jenis sayuran, 1 kentang, 1 protien dan 1 sos selama 30 minit untuk disediakan kepada juri. Wahidan telah menyediakan Daging Stik Bersos Kantan yang telah terpilih untuk mengiringi Ezani dalam MasterChef Akhir nanti sekaligus menamatkan perjalanan buat Zamir dan Amita dalam MasterChef Malaysia.

Siapakah yang bakal memenangi dan merebut gelaran MasterChef Malkaysia yang pertama? Jangan lupa saksikan MasterChef Malaysia Akhir pada hari Ahad, 8 Januari, 9 malam, eksklusif di Astro Ria (104).

sumber: http://www.astro.com.my/masterchef/articles/art_9194.html

Related posts:

  1. Video MasterChef Malaysia Episode 36 | Youtube
  2. Video MasterChef Malaysia Episode 46 | Youtube
  3. Video MasterChef Malaysia Episode 26 | Youtube
  4. Video MasterChef Malaysia Episode 24 | Youtube
  5. Video MasterChef Malaysia Episode 41 | Youtube

Leave a Comment