Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Sinopis Gemersik Kalbu | Slot Akasia TV3

by Ezany-Kun in Drama Bersiri,Gemersik Kalbu,Sinopsis

Drama bersiri Germersik Kalbu akan ditayangkan bermula 2 Januari 2012 di Slot Akasia TV3 pada jam 7pm hingga 8pm menggantikan Tentang Dhia. Drama Germersik Kalbu ini juga merupakan sebuah cerita adaptasi daripada Novel yang bertajuk Gemersik Kalbu. Antara pelakon hebat yang membintangi drama Gemersik Kalbu adalah Ayu Raudah, Aqasha, Neelofa dan Faradhiya.

gemersik kalbu slot akasia tv3

Sinopsis Gemersik Kalbu

Raihana… pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya… bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian… cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah… semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?

Related posts:

  1. Sinopsis Nora Elena | Slot Akasia TV3
  2. Sinopsis Dewa Cintaku | Slot Akasia TV3
  3. Sinopsis Kasih Alia @ Slot Akasia TV3 | Trailer
  4. Sinopsis Drama Tiramisu | Slot Akasia TV3 | Video
  5. Sinopsis Begitukah Cinta | Slot Akasia TV3

Leave a Comment