Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Sinopsis Asmara 2 | Slot Lestary TV3

by Ezany-Kun in Drama Bersiri,Sinopsis,TV3

Drama Asmara musim kedua akan bermula pada 8 Mac, setiap Selasa, pukul 9 malam menerusi slot Lestary bagi menggantikan drama Hani yang telah tamat pada 1 Mac yang lalu.

Segala persoalan pada penghujung drama Asmara lalu bakal dijawab dalam drama Asmara 2 yang bakal ditayangkan sebanyak 13 episod. Drama terbitan Suhan Movies ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara terkenal Heykal Hanafiah.

Watak utama masih dikekalkan oleh pelakon yang sama iaitu Shah Jaszle (Asmara), Faezah Elai (Zaliya), Faralyna Idris (Melati), Fiza Elite (Tria), Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi, Rahim Jelani dan turut memperkenalkan watak baru lakonan Fezrul Khan (Ferhad), Marsha Londoh (Zira), Hairul Azreen (Fikri) dan Marisa Yasmin (Noreen).

Sinopsis Drama Asmara 2

Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya).

Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.

Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.

Suatu hari, Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya.

Lagu-lagu Tema OST Asmara 2

1) Muzzy – Hingga Ke Akhir Nafasku
2) Asfan – Terhenti Di Sini
3) Syah Basree – Andai Itu Takdirmu
4) Sixth Sense – Menyesal

Related posts:

  1. Sinopsis Begitukah Cinta | Slot Akasia TV3
  2. Sinopsis Drama Tiramisu | Slot Akasia TV3 | Video
  3. Sinopsis Drama Samson Dan Delaila | Slot Samarinda TV3
  4. Sinopsis Drama Dia Bukan Maryam | TV9
  5. Sinopsis Halimah Jongang The Series | Musim 2 | Astro Prima 105s

{ 1 comment… read it below or add one }

hanisya March 10, 2011 at 6:53 PM

arghhh..x sukanya dekat melati…
walaupon dia baik tp zaliya ttp no.1
asmara, tu dia lah, sape soh kahwin dgn melati tuh?
dah lah melati mgndung nnti, kesian nya kat diorg…
i’m just hoping for the best..
GOOD LUCK U GUYS IN YOUR LOVE STORY..
:)
apa2 pon LESTARY ASMARA 1 & 2 TTP THE BEST…
THANKS…

Reply

Leave a Comment