Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Sinopsis Bunga April | Slot Samarinda TV3

by Ezany-Kun in Bunga April,Drama Bersiri

Bunga April, drama terbaru di slot Samarinda pada setiap Selasa hingga Khamis, pukul 10.30 malam di TV3 mengisahkan tentang kisah cinta penuh emosi dan dramatik.

bunga april

Link: Video Drama Bunga April Full Episode

Sinopsis Bunga April

Selain kisah cinta tiga segi melibatkan Azman, Johar dan April, drama lakonan Tasha Shilla, Shahz Jaszle dan Zachery Francis ini turut menyelami dunia korporat di sebalik kemegahan syarikat Wangsa Holding.

Ketokohan dan kewibawaan Tan Sri Azmi (Mustapha Kamal) diwarisi oleh anak kandungnya, Azman (Zachery).

Terkenal dengan karisma yang tinggi, Azman dilihat sebagai individu yang paling layak untuk menerajui syarikat ayahnya suatu hari nanti.

Berbanding Azman, Johar (Shahz Jazle) pula berbeza acuannya. Merupakan anak tiri Tan Sri Azmi hasil daripada perkahwinan kedua bersama Puan Sri Aishah (Aida Aris), Johar lebih selesa jika tidak bergelumang di dalam dunia korporat.

Mewarisi sikap rendah diri dan keperibadian yang sederhana daripada ibunya, Johar sering menjadi rujukan dan pilihan kedua di dalam apa sahaja keputusan dan pilihan yang dibuat oleh Puan Sri Hamidah (Noniswara).

Walaubagaimanapun, Tan Sri Azmi sedar bahawa kedua-dua anak lelakinya mempunyai kelebihan masing-masing, berdasarkan hubungan mereka yang cukup rapat, bagai isi dan kuku.

Langit tidak selamanya cerah, kejayaan dan kemegahan keluarga dan syarikat milik Tan Sri Azmi dicemburui dan menjadi dendam bagi Sophian (Redzuan Hashim), rakan lama Tan Sri Azmi.

Turut memiliki sebuah syarikat yang dikenali sebagai Media Corp, dan syarikat tersebut hanyalah untuk menutup mata pihak berkuasa daripada menghidu kegiatan sebenar beliau sebagai seorang taikun kongsi gelap dan mempunyai ramai pengikut.

April (Tasha Shilla), anak tunggal Sophian ternyata tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan bapanya untuk memperoleh kekayaan dan kejayaan.

Sebagai tanda protes, April meninggalkan jejak langkah bapanya dan membuka sebuah kedai kecil menjual bunga.

Johar jatuh hati apabila terlihat kecantikan dan ciri-ciri ringkas yang terdapat pada April. Setelah beberapa minggu menyakat April, Johar memperkenalkan dirinya sebagai Junaidi atau ‘Jun’ dan hubungan mereka menjadi rapat dan akhirnya cinta berputik dan semakin mekar setiap hari.

Disebabkan cinta, Johar tekad untuk memajukan diri dan langkah terbaik yang mampu dilakukannya bermula di Wangsa Holding.

Related posts:

  1. Sinopsis Sahara | Slot Samarinda TV3
  2. Sinopsis Anissa | Slot Samarinda TV3
  3. Sinopsis Ramadhan Terakhir @ Slot Samarinda TV3 | Trailer
  4. Video Bunga April Episode 2 | Youtube
  5. Sinopsis Drama Samson Dan Delaila | Slot Samarinda TV3

Leave a Comment