Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Sinopsis Cinta Buat Emelda | Slot Akasia TV3

by Ezany-Kun in Cinta Buat Emelda,Drama Bersiri,Sinopsis

Sinopsis Drama Cinta Buat Emelda

Emelda sama sekali tidak menduga begini lipatan takdir yang dijanjikan untuknya. Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang datang. Yakin… Sesukar mana pun perjalanan hidup, masih ada keindahan dan kemanisan yang akan dikecapi. Lantaran itu, dia rela bila melihat derita yang ditanggung oleh si kakak.

Jika inilah yang dinamakan pengorbanan, dia tahu dia telah melakukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Masa depan dan harga diri! Namun, apa pilihan yang dia ada? “Tapi… dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apa lagi bila melibatkan perasaan orang lain.” Akur dengan kata-kata itulah, Emelda akhirnya rela memperjudikan nasib bersama Aril Fatah. Meskipun saat memandang wajah itu tidak ubah seperti melihat kertas putih. Tapi demi Atiea dan Dania, dia tetap mencuba sedaya yang boleh.

Walaupun dia tahu, bila kebenaran terbongkar, dia yang akan karam sendiri! “Benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti sebuah istana pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika gelombang yang tiada taranya.” Lantas hati kecil Emelda bertanya, “Inikah balasan atas pengorbanan yang kulakukan selama bertahun-tahun ini?” Sedangkan dalam waktu yang sama, Aril Fatah leka memikirkan kata-kata tulus Hakimi yang lebih kepada cabaran. “Kalau benar sayang, berusahalah untuk mendapatkan cintanya!”

Jangan lupa saksikan Cinta Buat Emelda keluaran Metrowealth yang akan menemui anda menerusi slot Akasia, TV3 pada Febuari ini pada pukul 7.00-8.00 malam setiap hari Isnin-Khamis. Antara pelakon yang akan membintangi drama ini adalah Fizo Omar, Almy Nadia, Mia Sara dan Amran Ismail. Untuk pengetahuan semua drama Cinta Buat Emelda ini diadaptasi dari novel Kasih Antara Kita oleh Aleya Aneesa.

Related posts:

  1. Sinopsis Begitukah Cinta | Slot Akasia TV3
  2. Sinopsis Nora Elena | Slot Akasia TV3
  3. Sinopsis Kasih Alia @ Slot Akasia TV3 | Trailer
  4. Sinopsis Drama Tiramisu | Slot Akasia TV3 | Video
  5. Sinopsis Tahajjud Cinta @ Slot Zehra TV3 | Trailer

{ 2 comments… read them below or add one }

cik lynn March 29, 2012 at 1:54 AM

salam…awak ada upload x citer ni?

Reply

natasha March 30, 2012 at 8:34 PM

bila nak upload cite nie???

Reply

Leave a Comment