Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M 3.0 2014

Sinopsis Dahlia | Astro Mustika HD (134) | Drama Ganti Sehangat Asmara

by Ezany-Kun in Dahlia,Drama Bersiri

Mengangkat martabat wanita bergelar isteri, itulah yang dapat disimpulkan mengenai drama baru bertajuk Dahlia yang bakal menemui penonton menerusi saluran Astro Mustika HD mulai 22 April ini bagi menggantikan drama Sehangat Asmara.

Drama ini mengisahkan perjalanan seorang wanita bernama Dahlia yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai liku hidup, bakal menambat hati penonton dengan pelbagai babak menarik diselitkan menerusi drama tersebut.

Di bawah arahan Pali Yahya, drama bersiri sebanyak 40 episod ini bakal memberi pengalaman baru buat penonton memandangkan jalan cerita yang dimuatkan dalam drama ini penuh dengan mesej-mesej berguna buat tatapan penonton.

Lebih menarik, drama terbitan Global Station Sdn Bhd ini turut dibintangi pelakon hebat tanah air iaitu Dira Abu Zahar (Dahlia), Hans Isaac (Razman), Faizal Hussein (Fuad) dan Raja Ilya (Haliza).

Sinopis Drama Dahlia

Drama yang mengisahkan seorang wanita bernama Dahlia(Dira) yang terpaksa hidup bersama suaminya Razman (Hans) yang berlaku curang. Dahlia akhirnya tekad untuk bercerai dan membina hidup baru. Penceraian Razman dan Dahlia adalah adalah disebabkan desakan Haliza iaitu teman wanita Razman. Setelah bercerai, Dahlia bertemu dengan seorang ahli korporat yang baik hati bernama Fuad. Fuad banyak menjadi pendorong kepada Dahlia yang telah ditipu oleh bekas suaminya.

Video Promo Dahlia

Drama bersiri Dahlia akan menemui anda di Astro Mustika HD (134) mulai 22 April 2013, Isnin hingga Rabu, 10 malam.

Related posts:

  1. Sinopsis Sehangat Asmara | Astro Mustika HD (134)
  2. Sinopsis Adam & Hawa | Astro Mustika HD (134)
  3. Drama Pendek Inikah Cinta | Astro Ria 104
  4. Sinopsis Siapa Jem? | Astro Ria
  5. Sinopsis Ayu Suraya | Astro Prima

{ 13 comments… read them below or add one }

sherie April 26, 2013 at 1:25 PM

mmg ramai lelaki yg x jujur dan curang pada isteri…

Reply

remain93 May 7, 2013 at 10:30 PM

Lelaki curang….jauh dari Allah…tuhan maha melihat

Reply

aisyahamir May 9, 2013 at 3:57 AM

ada lelaki kurang menghargai isteri walau isteri dah banyak berkorban. kepada isteri, tabah dan redho apabila berhadapan dengan leleki spt ini. Yakinlah, isteri yg teraniaya pasti dilindungi allah

Reply

iema May 20, 2013 at 12:43 PM

Amalan bersekedudukan seolah-olah perkara biasa dalam kalangan masyarakat muda Islam di bandar – tidak kah memalukan ???

Reply

darwis May 21, 2013 at 11:31 AM

Tak takut Tuhan sebenarnya tu. Ingatlah janji Tuhan itu pasti.

Reply

voilet May 21, 2013 at 10:39 PM

Ya allah…Jauhi perkara mungkar dari keturunan ku

Reply

delima May 22, 2013 at 10:17 PM

kenapa cite ni tak ditapis? belum kawin sudah duduk serumah. memalukan org islam je. mengalakkn org buat maksiat

Reply

siti May 23, 2013 at 10:51 AM

cerita ini perlu ada bimbingan org dewasa kalau ditonton oleh kanak2. mcm drama teduhan kasih yang ada reminder yg menyatakan perlu ada bimbingan org dewasa sekiranya ditonton oleh kanak2.

cerita ini , mcm trend org sekarang nanak dara goda laki orang, dendam dan agama islam bukan cara hidup yg diamalkan. astro dahlia tv3 teduhan kasih. adakah ini fenomena yg makin menular dalam hidup segelintir atau sebahagian (waallahua’lam) masyarakat islam hari ini.

Reply

batu-batan May 24, 2013 at 4:47 PM

pakaian watak haliza seksi sangat, skirt pendek, baju tak berlengan, tidur dengan suami kawan baik sendiri. Watak Razman – lelaki yang tak layak dibuat suami, tak berpendirian, tak tegas, lembik. Bergelumang dosa – bawa kawan baik isteri sendiri tidur dikatil isteri…gambaran kekalutan hidup warga kota hari ini.

Reply

laily June 3, 2013 at 1:58 PM

kisah Dahlia… sebahagian kisah hidup diri ku yang teraniaya oleh bekas suami… terpaksa bayar hutang semasa hidup bersama dan hak penjagaan anak-anak jatuh ketangan bekas suami… tetapi anak2 diberi pada orang lain, tidak dibenarkan berjumpa anak walaupun anak rindu pada ibunya.
Terima kasih… kerana memaparkan kisah ini… sebenar dalam reality ramai wanita yang dalam proses penceraian yang terianaya oleh bekas suami sehingga kalah dalam hadanah (Hak penjagaan anak) kerana permainnan kotor dalam pembicaraan.

Reply

ani June 18, 2013 at 11:15 PM

cite nie mmg best..faizal mmg hero malaya..yg penting tngkap
Feel giler..dira mmg lyn..

Reply

dahlia July 26, 2013 at 1:54 PM

aku nma dahlia tp x pnh tgk cte ni ,,rmai plak mai tnya aku x tgk ke cte dahlia hokaloh aku x thu pon de cte tjuk cm nma aku kuikuikui nnt try download lh

Reply

Hot Kitty August 10, 2014 at 4:14 PM

Just watched this drama with english subtitles. I love it so much.
Good acting by all the cast. But the child actors really sucks especially the girl.
Can’t act so fake just like Mia Sara

Reply

Leave a Comment