Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Sinopsis Drama Banglo Seksyen 2 | Trailer

by Ezany-Kun in Sinopsis,Trailer

Drama Banglo Seksyen 2 dibintangi oleh lima pelakon muda iaitu Hairul Azreen yang memegang watak sebagai Helmi, Hanis Kamal Bakar (Kamal), Aliff Hadi (Hariz), Aedy Ashraff (Azli) dan Hafeez Mikail (Faizal). Drama yang diterbitkan oleh Dark Wave Pictures Sdn Bhd ini akan disiarkan di Astro Ria pada 5 Disember ini pada jam 10 malam.

Sinopsis Banglo Seksyen 2

Banglo Seksyen 2 mengisahkan Haris, Helmi, Faizal dan Kamal membuat kajian paranormal untuk kerja kursus mereka dengan menyewa banglo RM50 sebulan dikatakan berhantu. Seorang lagi pelajar, Azli turut menyertai mereka menyewa banglo itu kerana kebetulan dia mencari rumah untuk disewa. Sejak malam pertama tinggal di banglo itu, mereka diganggu perkara aneh. Helmi seolah-olah melihat budak perempuan berkeliaran tetapi cuba menidakkannya dan merasakan itu hanya khayalan. Sewaktu menggunakan bilik air, Haris terkunci dari dalam.

Selepas berhempas pulas dan menjerit meminta tolong, semua rakan datang membantu. Mengejutkan apabila mereka melihat kelima-lima mereka ada bersama, membuatkan timbul rasa hairan siapa berada dalam bilik air itu. Ia berlanjutan ketika Kamal yang baru selesai mandi melihat rakan sebiliknya Faizal hanya duduk terdiam atas katil. Kamal turun ke bawah menonton TV dan lebih memeranjatkan Kamal, Faizal yang dilihatnya tadi di dalam bilik, sebenarnya ada di ruang tamu bergelak ketawa. Kamal berlari semula ke bilik dan terkejut melihat katil Faizal kosong.

Gangguan demi gangguan terus berlaku sehingga menyebabkan Kamal terbabit dengan kemalangan, akhirnya semua mengambil keputusan keluar dari rumah itu tetapi Haris didatangi roh penghuni asal rumah banglo itu dan mengetahui apakah rahsia yang pernah tersembunyi selama ini.

Trailer Banglo Seksyen 2

Related posts:

  1. Sinopsis Filem Tolong Awek Aku Pontianak | Trailer
  2. Sinopsis Filem Rasuk | Trailer
  3. Lelaki Bersenjata Tukul Besi Tahan 30 Pelajar Tadika, 4 Guru DiJadikan Tebusan di Banglo, Sungai Abong
  4. Gambar Rumah Banglo Khairul Fahmi Che Mat
  5. Sinopsis Filem DiLarang Masuk | Trailer

Comments on this entry are closed.