Berdasarkan kisah legenda dan penampakan yang mengerikan di sepanjang jalan raya Karak, ‘Karak’ merupakan filem keluaran Kru Studios yang bakal membawa anda ke dalam dunia filem seram dan diarahkan oleh pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim.
Barisan pelakon yang membintangi filem seram ini ialah Shahir AF8, Sheera Aiyob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussin. Filem ini akan ditayangkan pada 26 Mei 2011.
Link: OST Karak | Bandi Amuk – Kerek
Sinopsis Filem Karak – Laluan Puaka
Empat pelajar kolej sedang menuju kembali ke Kuantan selepas bermalam di KL dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang Karak Highway.
Oleh kerana mereka mempunyai kelas pada keesokan awal paginya, mereka membuat keputusan untuk keluar dari lebuhraya dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan jalan lama. Mereka tidak mengetahui bahawa keputusan ini akan mengubah hidup mereka selamanya.
Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.
Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.
Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.
Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.
Related posts:
- Sinopsis Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah | Trailer
- Sinopsis Filem Hikayat Merong Mahawangsa | Trailer
- Sinopsis Filem Haq | Trailer
- Sinopsis Filem Damping Malam | Trailer
- Sinopsis Filem Khurafat – Perjanjian Syaitan | Trailer
- Sinopsis Filem Janin | Trailer
- Sinopsis Filem Dalam Mihrab Cinta | Trailer
- Sinopsis Filem Kongsi | Trailer
- Sinopsis Filem Magika Arahan Edry Kru
- Sinopsis Filem Cuti-Cuti Cinta






{ 34 comments… read them below or add one }
karak tu mmg bhantu pon, tp kisah volkswagen kuning ni dlm filem ni je kot..hehe. jgn la betul2
pernah jumpa ek? eh.. tapi kisah volkswagen kuning ni memang betul la kot.. sepupu sy kata dia pernah jumpa..
saya dah lama jaga jalan highway karak…banyak eksiden dan mati…tapi tak pernah pon jumpa hantu……..lagi satu jalan jalan dalam trailer tu tak ada pon highway karak..apadaaaaaa
sebab shooting dia buat bukan betul2 kat karak.hahaha..somewhere else kat ngan KL laaa..maybe area selangor. kalau x silap, aritu ada tgok tv mcm di sebalik tabir karak, ada dorang cakap:D
memang la tak ada kat area highway
tapi ini dekat jalan lama
penah lalu tak jalan lama karak-KL?
pernah!
ada nampak2 apa tak waktu lalu ikut jalan tu??
tak nampak coz jalan siang
jalan bersimpang siur
hutan jer
ni antra kisah benar2 tjadi dan antra citer hantu yg femes gler..(janda baik~genting sempah)..kalo tak pcya cube la..huhuhu=)..dan kalo tak silap keta ni skrg ade kat museum..
hehehe, mcm menarik je. penah jgk dgr pasal cite kereta volkswagen neh. mmg betol2 berlaku la x silap. xtau ler kalo salah maklumat, uhuhuh. ape pon xsaba nak tgk cite neh.
seyes kete kuning ni ade.. tanpe driver~ my sis penah nmpak n kete tu potong kete ktorg n sume kete yg laen ngn lju nyer. ayah suh sume duk senyap2 je dlm kete.. seram amat time tuh.. glerr larh.. tobat nk lalu lagi jln tuh..
rse mmang betOl kisah nie…ader 2 3 Org member sya citer….diOrg duk kat kwsn tmn meru kat ctu….
pnah jgak dgr cte volkswagen nie… tp pe2 hl pown kte tgu cte karak nie k..
Tentang volkswagen kuning tu memang konfirm saya pernah jumpa dan saya berani buktikan. Waktu itu malam dan hujan, saya sedang memandu menghala ke Kuala Lumpur. Tiba-tiba kenderaan saya mengalami kerosakkan. Mujur ada kenderaan bengkel yang memberikan bantuan menunda kereta. Apabila tiba sahaja kereta saya di bengkel, saya dapat melihat sebuah volkswagen kuning tersadai di situ. Menunggu spare part order…
hahahahahaha pakya ne buat lawak arr…. berkobar2 baca.. hehehehe
saya pun memang menunggu cerita ini ditayangkan di pawagam… ada sesiapa mahu temankan? hihihi
hahahahahaha aku duk bentong drpd kecik sampai laa ke besor tak nyer ada pulok bende gini … klu nak tahu… 5 tahun.. ulang alik bentong temerloh.. highway.. hahaha kompem pecah perut koi gelak hahahahhaha
koi nengok trailer macam pedaoh jer.. hhihihi
pergh, seram gile kot cite nih. hahaha…
firdaus, gitu lah gamaknya… aku duk bentong kul 12 malam ulang alik uia-bentong, sorang tak de apa pun.. ini cerita 70 80an dah basi dah. Dah signboard yg dalam poster serius aku tak penah tgk pun kat mana2 highway kat bentong.
psal hantu kat jalan lama karak ni, rmai org kata betul… bukn kt jalan lama karak je, kat highway karak pun ada jugak…. tp aku blom pulak jumpa ag… sbb aku tak penah lalu situ… yang selalu lalu situ, jiran rumah aku jer, sbb dy org pahang…
tp psal kereta kuning yg kat highway jelapang tu mmg betol sgt…
yg ni aku yakin sbb aku kampung aku kt kedah, aku pulak dok kl…
hantu volkwegan ni selalu muncul lepas pukul 12 pagi..
yg slalu drive bapak aku… biasalah kalau org tua drive mmg lambat… jadi kitaorang akan melalui jlan tu atas pkul 12 pg… klau highspeed kita 140, mula la muncul volkwegan tu, dy mcm ajak berluba… bila kita brjaya potong kita akan trbabas… tp ayah aku taw psal kisah tu.. jd tak kna lah dia nk potong kan? jd bla smpai highway jelapang, dy bawak 100 jer…
scaryyyy …………..
I live there for 15 years and i never heard of it.
Review ikhlas filem Karak
http://duasenaku.blogspot.com/2011/05/karak-review-filem-karak-part-1-3.html
seram cte korang semua…
sye pown x sbr jgak nak tgk….
da tngok smlm ..seram gak ..t’ngiang2 suara hantu yg pkai kebaya to …
OMG. My hometown is chosen for this film.
Yusry KRU memang berbakat besar dalam menghasilkan cerita hantu2 ni.. kudos for Kru Studios!
woah..cite ni mmg seram dan klakar..psal jlan karak tu sye rse mmg btol ade kereta kuning tu cz cite ni mmg mnjadi bualan org di area situ…mmg bnyk kemlgn brlaku..apepon sye terhibur dgn movie ini..ari ni sye tonton dgn member sye smpena berday saya..tahniah KRU brjaya membuat citer seram
sye owg karak jugak…lagipom jalan lama tu dekat sgt dr umah i…sye perna pom melalui jalan lama tu malam2….tpi x sedar ape2..jalan tu mmg ade kekacauan…byk accident kat situ…mak ayah i perna cite i pasal nie smua…mmg dangerous la malalui jalan tu…ade byk kisah dulu2 yg manakutkan…sye belajar memandu kereta pom kt jalan tu…semasa i memandu uncle yg ajar i pom cite sedikit pasal jalan tu…yg sye tau KARAK tu mmg tempat berhantu…
dah name pon crite….
diarang buat filem leh la ramai2, cuba sorang2, xke lari sambil terkencing, huhu.
filem hantu paling bodoh dan sesat yg penah aku tgk….mujuq beli yg cetak rompak punya…kalau x rugi kalau aku pi panggung..
dah la x tutup aurat..baca ayat kursi halau hantu (bagus la sebab faham makna) pastu plak peluk jantan …huhhh…x ke sesat namanya tu..
lg satu roh pun x tau kata dia dah mati…huhuhu…
nak buat criter pun jgn la kelentong tahap maksima…
cerita ini seram dan kelakar…..bolehla……
kisah nie mmey menyramkan lha… tp yg memule td tuh .. kete polis tu nmpak mcm lame ..best gilerr ar citer nieyh !