Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Sinopsis Halimah Jongang The Series | Musim 2 | Astro Prima 105s

by Ezany-Kun in Astro Prima,Drama Bersiri,Sinopsis,Youtube

Nantikan drama bersiri Halimah Jongang Musim 2 pada 20 Oktober 2010 di Astro Prima.  Dengar cerita Halimah Jongang lebih seksi dan menawan pada musim terbaru ini. Walaubagaimanapun Pierre Andre telah menarik diri dan akan digantikan oleh Ako Mustapha. Jangan lupa tonton.

Rahmat di sebalik kontroversi. Itu yang boleh disifatkan mengenai drama bersiri Halimah Jongang yang pernah disiarkan menerusi Astro Prima. Ia mencetuskan kontroversi apabila penerbit dan pemilik idea asal, A Aida dikatakan menghina golongan yang tidak sempurna. Dia turut dituduh mengambil kesempatan atas kecacatan insan lain bagi melariskan drama itu.

Sekalipun menjadi isu sensitif, siapa sangka drama itu berjaya menarik sejuta penonton pada setiap minggu tayangannya. Justeru, A Aida ditimpa durian runtuh apabila Astro Prima memberikan lampu hijau supaya menyambung kembali siri ini sebanyak 26 episod lagi iaitu untuk dua musim sekali gus.

“Saya sebenarnya sudah siapkan skrip sambungannya awal-awal lagi dan gembira akhirnya Astro Prima beri persetujuan. Banyak elemen menarik dan kelainan yang saya akan buat terutamanya imej Halimah yang semakin berbeza berbanding dulu. Halimah akan tampil seksi, lebih moden dan menawan. Dia kini jadi rebutan ramai lelaki yang memuja kecantikannya.

“Saya juga wujudkan banyak sub plot antaranya tampilkan tiga watak wanita kampung yang cemburukan Halimah bagi mewarnakan lagi drama ini. Elemen ini pasti akan buatkan peminat terus mengikutinya sampai ke episod terakhir. Namun, pada masa sama saya tak lupa selitkan mesej positif di dalamnya,” kata Aida yang ditemui pada majlis pelancaran musim baru drama ini, kelmarin. Halimah Jongang yang memulakan penggambaran pada 15 Jun ini masih mengekalkan Sheera Iskandar sebagai pelakon utama. Begitu juga pelakon watak lain masih sama. Namun, jodoh syarikat miliknya, A Aida Production dengan Pierre Andre yang melakonkan watak utama bernama Ali, berakhir apabila tempatnya digantikan dengan Ako Mustapha.

“Pierre berjanji nak berlakon drama ini sampai habis tiga musim, tapi dia sibuk mengarah filem terbarunya, Hijab. Katanya, lepas habiskan Hijab, dia akan berhenti mengarah sekejap kerana nak berlakon musim baru Halimah Jongang, tapi selepas itu dia terbabit pula dengan beberapa projek filem lain dan terpaksa tarik diri. Memang agak sedih tapi saya kena terima hakikat dia tak lagi bersama kami.

“Disebabkan ketiadaan Pierre, saya cuba ‘study’ karakter Ako dan mendapati dia sesuai buat watak ini. Ako ada asas dalam ‘martial arts’ dan boleh bersilat, jadi saya tampilkan adegan itu dalam musim baru ini. Saya lihat perwatakan Ako seakan-akan dengan Pierre dan yakin dia boleh diterima peminat,” katanya.

Ditanya apakah dia masih berharap kepada Pierre, Aida sambil bergurau berkata dia tidak meletakkan harapan lagi kerana Pierre ‘memungkiri perjanjian’ mereka. Namun, Aida memberitahu sepanjang bekerja dengan Pierre, dia tertarik dengan sikap yang ditunjukkan anak muda itu.

“Saya senang berunding dengan dia kerana sikapnya sangat bagus. Malah urusan mengenai bayaran pun dia tak pernah ‘demand’ serta dia selalu merendah diri. Itulah sebabnya saya suka bekerja dengan dia dan hormat pendiriannya. Ini juga jadi punca saya jaga dia. “Mungkin kami boleh bekerjasama untuk filem kerana saya merancang nak terbitkan filem. Saya sedang berbincang dengan Astro untuk buat filem Halimah Jongang yang mungkin diterbitkan pada tahun depan. Untuk siapkan 26 episod drama ini, saya keluarkan kos sebanyak RM800,000, meliputi bayaran pelakon utama yang dinaikkan lagi.

“Kali ini tempat Yusmizar sebagai pengarah digantikan dengan TS Jeffry. Saya dah lama kenal dia dan yakin dia boleh meletupkan lagi Halimah Jongang. Di tangannya drama ini akan menjalani penggambaran selama 80 hari dan akan mula ditayangkan menerusi Astro Prima pada 20 Oktober nanti,” katanya.

Bagi Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani pula, sebelum menyatakan persetujuan menyambung episod drama ini, pihaknya membuat tinjauan dalam kalangan peminat dan mendapat reaksi positif. “Daripada reaksi dan komen peminat, kami berbincang dengan Aida untuk mengolah jalan cerita kali ini supaya lebih menarik. Kami tak nak peminat anggap ia sambungan musim baru, tapi biarlah orang kenal sebagai Halimah Jongang The Series episod 14. Saya tak nafikan drama ini dianggap sebagai anak emas Astro Prima kerana ratingnya mengatasi drama lain.

“Bagi saya kombinasi kami sangat baik dan menguntungkan kedua-dua belah pihak. Sama macam bermain bola sepak, kenapa nak ketepikan seseorang pemain jika mereka beri sumbangan yang terbaik? Sudah tentunya kami akan bagi bonus pada produksi yang boleh pertahankan ‘rating’ mereka,” katanya yang pernah memberi bonus hampir RM30,000 kepada A Aida kerana kejayaan Halimah Jongang.

Sementara itu, TS Jeffry melahirkan keyakinan sentuhannya berupaya mengekalkan kedudukan Halimah Jongang seperti diharapkan A Aida. Katanya, dia memang mengikuti drama ini dan sudah ada formula bagaimana mahu menjadikannya lebih menarik dan sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminat.

“Saya anggap pemilihan saya ialah untuk memantapkan lagi Halimah Jongang. Sebagai kawan lama Aida, peluang yang diberikan kepada saya akan digunakan dengan sebaik mungkin,” katanya yang baru selesai mengarahkan filem berjudul Hantu Bukit Cina serta drama Kerana Sugit yang dihasilkan sempena Pesta Kaamatan.

Related posts:

  1. Ujibakat Raja Lawak Musim 5
  2. Drama Pendek Inikah Cinta | Astro Ria 104
  3. Sinopsis Jangan Bunuh Matahariku | TV2
  4. Sinopsis Filem Magika Arahan Edry Kru
  5. Sinopsis Putri Yang DiTukar

{ 5 comments… read them below or add one }

acapz October 6, 2010 at 7:51 PM

lawl. de lagi ke?. ish3. pe th. hahaha

Reply

Ezany-Kun October 7, 2010 at 12:01 PM

ade.. sambungan musim baru.. lebih panas.. haha..

Reply

suri October 6, 2010 at 10:55 PM

salam..
suri pernah sesekli jer tgok ctr ni..tapi tak tgok secara keselurah ctr..apa yg suri amati ctr mmg ada lawak sikit..

tapi mash kasihan juga pada org2 bernama halimah sebab hujungnya ada jogang..

pasti hati dema akan sdkit trasa tersinggug kans huhu..

Reply

Ezany-Kun October 7, 2010 at 12:05 PM

tu la.. mesti ade jer nama halimah yg kena ejek.. isk2..

Reply

sweet October 8, 2010 at 1:27 AM

cite ni best tp pelik ramai x suke. mmg kdg2 ade rase yg dia memalukan org jongang tp cite ni ade unsur teladan yg baik. lgpon ia realiti dlm khidupan kite. klu kite boleh terima cite rempit, bohsia, rogol etc. apa slhnye kite hyati cite yg berunsur masyarakat n peel manusia kdg2..tul x ezany?? hehee

Reply

Leave a Comment