Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Sinopsis Naziha | Slot Zehra TV3

by Ezany-Kun in Drama Bersiri,Naziha

Drama Naziha akan menemui anda di Slot Zehra TV3, setiap hari Jumaat pada jam 9.00 malam bermula pada 15 Jun 2012 bagi menggantikan drama Bunga – Bunga Syurga. Drama Naziha bersiri 13 episod terbitan dari OrangeTree Production dan sentuhan skrip daripada Zarihah Hassan. dibintangi oleh Izara Aishah, Ryzal Jaafar, Erry Putra, Zain Saidin, Amar Baharin , Nik Zaris Nellydya, Nadia Kesumawati, Dilla Ahmad dan Mustapha Kamal.

Link: Video Drama Naziha Full Episode

Link: OST Naziha | Suki Low – Terlalu Mencintaimu

Sinopsis Drama Naziha

Drama Naziha mengisahkan Naziha dikurniakan raut wajah yang amat cantik. Kejelitaannya menjadi pujaan kaum lelaki termasuk rakan lelaki yang sebaya dan juga yang telah dewasa. Naziha tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana mereka mencemburui kecantikan dan kepandaian yang dimiliki oleh Naziha. Meskipun digilai ramai lelaki namun Naziha tidak pernah melayan karenah mereka. Namun Farouk tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan Naziha.

Pada satu hari, Naziha yang sudah tidak dapat menahan desakan Farouk, telah memalukan Farouk di depan kawan-kawannya dengan mengatakan bahawa sampai mati dia tidak akan menerima cinta Farouk. Kata-kata yang dihamburkan oleh Naziha telah memalukan Farouk. Lantas Farouk berjanji akan mendapatkan Naziha tidak kira apa cara sekalipun.

Semakin lama semakin banyak masalah yang dilalui oleh Naziha. Pelbagai fitnah ditaburkan terhadapnya. Naziha sering meluahkan perasaan sedihnya pada rakan sepermainan sejak kecil iaitu Adam. Melihat kemesraan di antara Naziha dan Adam, membuatkan ibu bapa mereka berhajat untuk menyatukan mereka berdua. Namun beberapa hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan, hajat untuk menyatukan mereka berdua musnah dek kerana sebuah fitnah.

Farouk telah menawarkan diri untuk berkahwin dengan Naziha. Untuk menutup rasa malu, Naziha terpaksa berkahwin dengan Farouk. Bermulalah kehidupan Naziha sebagai seorang isteri yang sering diseksa fizikal dan mental oleh suami kejam yang mengamalkan ilmu hitam untuk menakluknya. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan di antara Naziha dan Farouk menjadi titik noktah buat Naziha untuk mengecapi kebahagian? Adakah Adam akan kembali menebus maruahnya setelah difitnah atau muncul orang baru yang akan menyelamatkannya dari kekejaman Farouk?

Related posts:

  1. Sinopsis Tahajjud Cinta @ Slot Zehra TV3 | Trailer
  2. Sinopsis Drama Bunga Bunga Syurga | Slot Zehra TV3
  3. Sinopsis Dingin Lavenda | Slot Zehra TV3
  4. Sinopsis Asmara 2 | Slot Lestary TV3
  5. Sinopsis Bukan Bidadari | Slot Lestary TV3

{ 2 comments… read them below or add one }

nor azian rahayuabaziz August 7, 2012 at 11:32 PM

i request for show video naziha full episod.tq

Reply

nur hidayah August 17, 2012 at 9:54 AM

baguslah buat cerita mcm ni ……..

Reply

Leave a Comment