Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Sinopsis Ramadhan Terakhir @ Slot Samarinda TV3 | Trailer

by Ezany-Kun in Drama Bersiri,Sinopsis,Trailer

Drama berjudul Ramadan Terakhir arahan sulung Ungku Ismail ini dibintangi oleh Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Tasha Shilla, Aeril Zafril, Anzalna Nasir, Eyka Farhana dan ramai lagi. Saksikannya di Slot Samarinda Tv3 bagi menggantikan Drama Annissa setiap Selasa hingga Khamis pada pukul 10.30 malam bermula 26 Julai 2011.

Sinopsis Drama Ramadan Terakhir

Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap kanser kronik dan mempu untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.

Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.

Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal di isi Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?

Trailer Drama Ramadan Terakhir

Related posts:

  1. Sinopsis Sahara | Slot Samarinda TV3
  2. Sinopsis Drama Samson Dan Delaila | Slot Samarinda TV3
  3. Sinopsis Laila Manja @ Slot Lagenda TV3 | Trailer
  4. Sinopsis Anissa | Slot Samarinda TV3
  5. Sinopsis Tahajjud Cinta @ Slot Zehra TV3 | Trailer

Leave a Comment