Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Sultan Johor Sultan Ibrahim Murka Terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin

by Ezany-Kun in Berita

Sultan Johor, Sultan Ibrahim, hari ini melahirkan rasa murka terhadap bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi blog Twitter, baru-baru ini.

Sultan Ibrahim bertitah tindakan Mohammad Nizar itu juga adalah satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda berharap Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu sedar mengenai kesilapannya.

“Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Adakah dia lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya?

“Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik? Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12, di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah setiap tindakan yang baginda lakukan adalah mengikut cara dan jalan yang betul dan baginda berharap setiap kebajikan yang baginda lakukan tidak perlu diperbesarkan.

Sehubungan itu, baginda turut mengingatkan semua wakil rakyat dan pemimpin masyarakat supaya menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan selaras dengan kata pepatah “cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar”.

“Saya harap dia (Mohammad Nizar) sedar siapa diri dia dan kesilapan yang sudah dibuat. Jika dia hendak minta maaf, mintalah maaf kepada semua rakyat Johor dan bukannya kepada saya seorang sahaja.

“Pepatah Melayu sering mengingatkan ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’,” titah baginda sambil mengucapkan terima kasih kepada anggota gabungan badan bukan kerajaan dan seluruh rakyat Johor yang memberi sokongan serta menyembah ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi.

Related posts:

  1. Gambar Kereta Satria Neo Milik Sultan Johor Sultan Ibrahim | WWW 1
  2. Gambar Kereta Bugatti Veyron Milik Sultan Ibrahim Ismail (Sultan Johor)
  3. Penyalahgunaan Facebook | Sultan Johor DiHina Lagi
  4. Seri Najwa Ferda Hasan Telah DiTemui Selamat Di Air Hitam, Batu Pahat, Johor
  5. Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah DiLantik Yang DiPertuan Agong Ke14

Leave a Comment