Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Syarat Tawaran No Plat Patriot

by Ezany-Kun in Berita

Terbuka kepada semua individu dan organisasi yang layak untuk mendaftar kenderaan.

Menjadi ahli sukarelawan Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM). Daftar di plat.patriot.org.my

Setiap permohonan perlu menggunakan alamat surat-menyurat semasa.

Permohonan yang tidak lengkap akan terbatal secara automatik.

Pembida boleh membida seberapa banyak no plat PATRIOT yang dikehendaki.

Pembida boleh membida bagi pihak ketiga. Selepas memenangi bidaan, pemenang akan dikehendaki membekalkan maklumat pemilik dalam tempoh 7 hari kepada YPNM bagi tujuan pengeluaran surat kelulusan untuk pendaftaran kenderaan di JPJ.

Plat PATRIOT ditawar berdasarkan sistem bidaan yang menetapkan harga minima bagi setiap nombor plat. Pembida yang tertinggi layak untuk memiliki plat tersebut.

Setiap bidaan hanya boleh diatasi dengan nilai minima gandaan RM100.

Untuk membida, deposit adalah 20% dari harga tawaran bidaan. (Contoh: Tawaran Bidaan RM2000 X 20% = Deposit RM400 diperlukan)

Pembida yang memenangi bidaan plat PATRIOT perlu membuat bayaran penuh kepada YPNM dalam tempoh 14 hari, kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan pemilikan terbatal serta deposit tidak akan dikembalikan. Plat tersebut akan dibuka semula untuk bidaan selepas tempoh 7 hari waktu tenggang.

Deposit pembida yang tidak berjaya akan dikembalikan secara automatik ke dalam akauan E-Wallet pembida.

Deposit pembida yang berjaya tidak akan dikembalikan sekiranya pembida membatalkan bidaan.

Jumlah dalam E-Wallet boleh dituntut (ditunaikan) pada bila-bila masa, YPNM memerlukan tempoh 48 jam bagi memproses permohonan.

Pemilik plat PATRIOT (individu / organisasi) hanya boleh mendaftarkan plat pada kenderaan atas nama pemilik sahaja. Penukaran pemilikan (sebelum pendaftaran di JPJ) tertakluk kepada kelulusan YPNM berserta caj RM100.

Harga khas dengan diskaun 10% diberi kepada anggota keselamatan awam (masih bertugas atau bersara). Pemilikan plat tersebut tidak boleh dipindah milik.

Pendaftaran plat PATRIOT pada kenderaan hanya boleh dibuat di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Wangsa Maju.
Pemilik harus mendaftarkan plat PATRIOT 3 bulan dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan.

Bagi Surat tawaran yang dikeluarkan selepas 30 September 2015, sila pastikan pendaftaran dibuat sebelum atau pada 31 Disember 2015.

Kegagalan mendaftar plat sebelum tarikh yang dinyatakan akan mengakibatkan pemilikan nombor plat terbatal. Tiada sebarang bayaran akan dikembalikan. Rayuan boleh dikemukakan tetapi tertakluk kepada kelulusan pihak YPNM atau JPJ berserta caj.

YPNM mempunyai hak untuk tidak membuka bidaan mana-mana plat PATRIOT yang telah dikhas dan dikecualikan. YPNM juga berhak membatalkan bidaan atau permohonan mana-mana plat PATRIOT.

Syarat-syarat JPJ dan agensi berkaitan juga terpakai dalam urusan ini sila layari plat.patriot.org.my atau hubungi Hotline Plat Patriot di 019-447 5555

Untuk pertanyaan dan maklumat tambahan,

Pejabat Sekretariat Plat Patriot:

No. 70X, Jalan Keramat Hujung,
54000 Kuala Lumpur.

No Tel: 019-447 5555

Related posts:

  1. Syarat Utama Dan Langkah Membida Nombor Plat Patriot
  2. Harga Bagi Setiap Kategori Nombor Plat Patriot
  3. Nombor Plat Pendaftaran PKR 1 Berharga RM99,555
  4. Syarat-Syarat Baru Mohon Kad Kredit Bermula Mac 2011
  5. Permohonan Dan Syarat Mendapatkan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Leave a Comment