Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Tarikh Daftar Bantuan Wang Tunai RM500

by Ezany-Kun in Berita

Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Disember ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Sehubungan itu, beliau berkata, pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan.

Menurutnya, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), serta agensi-agensi Kerajaan.

”Borang yang lengkap diisi beserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDN,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ahmad Husni, bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.

“Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion,” katanya.

Pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lepas, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan tunai sekali, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

“Bantuan ini adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat,” kata Ahmad Husni. -Bernama

Related posts:

  1. Cara Mendapatkan Bantuan Khas RM500 DiUmum Awal Bulan Depan
  2. Bonus Setengah Bulan Gaji Untuk Kakitangan Kerajaan | Mininum RM500 DiBayar Tengah Bulan Ogos
  3. Bonus Hari Raya 2011 Setengah Bulan Gaji Untuk Kakitangan Awam | Pesara RM500
  4. Kakitangan Awam (Penjawat) Di Selangor DiBeri Bonus Hari Raya RM500
  5. Bajet 2011 | Masih Ada Harapan 2 Bulan Bonus

{ 12 comments… read them below or add one }

poovaneswari July 30, 2012 at 4:30 PM

saya nak memohon untuk ibu saya, boleh tak saya submit the document to ur office

Reply

Matilda a/p Paragasam November 3, 2012 at 4:29 PM

saya na memohan bantuan untuk ibu saya,kat mana ka saya boleh terima surat bantuan ini…dari tempat batu pahat johor,kat mana ada office n surat bantuan..

Reply

kalai mathi January 7, 2013 at 5:40 PM

bagaimana daftar untuk telefon rebat . saya cuba daftar tapi tak dapat.

Reply

RIZAL ARIFF January 25, 2013 at 8:23 AM

SAYA INGIN MEMOHON UNTUK IBU SAYA, BAGAIMANA SAYA INGIN MENDAPAT KAN BORANG BANTUAN TERSEBUT, SEKIRA NYA SAYA ADALAH DARI PARTI PEMBAKANG,ADAKAH SAYA LAYAK UNTUK MEMOHON UNTUK IBU SAYA,SEDANGKAN IBU SAYA ADALAH PENYOKONG SETIA KERAJAAN…..

Reply

nor asikin March 14, 2013 at 7:26 AM

bapa saya pernah memohon BR1M tapi tidak mendapat maklum balas dari mana2 pihak..dan tahun ini juga masih tidak ade apa2 makluman..

Reply

kamez inchus April 15, 2013 at 4:48 PM

saya nak tanya saya maseh blum menerima BR1M bagai mna saya nak tahu?

Reply

Xeon April 17, 2013 at 7:31 PM

i pun nak tau..ibu saya sudah daftar..staff tu cakap akan terima rm 500 cara bank-in..tapi sudah lepas 1 bulan lebih…sudah check statement pun tak dapat? mak saya tak keja..ayah sudah meniggal dunia..gaji saya baru 1000..akan dapat kan?

Reply

Fatimah Moin April 19, 2013 at 11:18 PM

Saya pertama kali memohon Br1m awal Mac 2013 melalui on line. Saya ingin tahu apakah status permohonan saya itu adakah diterima atau pun tidak. Terima kasih.

Reply

Mohamad Nazir Bin Husin April 28, 2013 at 2:04 PM

nak tanya kenpa saya punya tidak lulus?…(Tidak melepasi semakan agensi lain.)
macam mana boleh tidak lepas???

Reply

shufandi binti che dat July 22, 2013 at 1:01 PM

saya dah daftar brim , tapi keputusan tidak lulus, sedangkan saya bujang dan bekerja sendiri dan tidak ditanggung oleh keluarga lagi. bagaimanakah nak memohon semula.

Reply

mogesvaran a/l gunalan February 9, 2014 at 6:18 PM

Najip hidup

Reply

Mohammad Hafizan bin che haron June 24, 2016 at 1:59 AM

Memerlukan bantuan

Reply

Leave a Comment