Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Tayar Getah KL Monorail Meletup Berhampiran Stesen Monorail KL Chow Kit

by Ezany-Kun in Berita

Perkhidmatan monorail di bandar raya ini tergendala selepas satu daripada tayar getah sebuah trennya yang dalam perjalanan ke Stesen Titiwangsa, meletup berhampiran Stesen Monorail KL Chow Kit.

Bagaimanapun tindakan pantas pemandu tren berkenaan berjaya memastikan keselamatan penumpang menurut Pengurus Kanan Komunikasi dan Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Berhad Berhad (Prasarana) Azhar Ghazali.

“Pemandu berkenaan, Rizalman Rosli, 37, berjaya memberhentikan tren dengan selamat apabila tayarnya meletup pada 6.30 petang. Sebuah tren dihantar untuk menarik tren yang terkandas itu ke stesen terdekat. “Selepas itu, sebuah tren penyelamat dihantar dan sampai di tempat kejadian pada 7.15 malam untuk memindahkan penumpang,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Pegawai Operasi KL Monorail Abdul Hadi Amran berkata urusan pemindahan seramai 164 penumpang iaitu 103 wanita, 60 lelaki dan seorang kanak-kanak itu selamat diselesaikan pada kira-kira pukul 7.24 malam dan alat penyaman udara tren monorail terbabit berfungsi sepanjang urusan pemindahan penumpang dijalankan.

Katanya pasukan penyelamat KL Monorail menjalankan kerja pemindahan penumpang itu dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat. “Kami sediakan perkhidmatan alternatif di stesen kami sehingga perkhidmatan monorail disambung semula,” katanya.

Related posts:

  1. Tiket Bas Dan Keretapi Ke Pantai Timur Sempena Hari Raya Habis DiJual
  2. Gambar TNB Bandar Baru Bangi Terbakar Dan Meletup, Seluruh Bangi Tiada Letrik
  3. Gaji Minimum Pekerja Stesen Minyak DiLaksanakan Bermula 1 Januari 2013
  4. Feri Penumpang Kuala Perlis ke Langkawi Tenggelam Ketika DiSenggara
  5. Gambar Dan Video Keretapi Langgar Lori Minyak Shell Berhampiran KKIA Kota Kinabalu

Leave a Comment