Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Tiket Bas Dan Keretapi Ke Pantai Timur Sempena Hari Raya Habis DiJual

by Ezany-Kun in Berita

Tiket bas ke semua destinasi di Pantai Timur habis dijual dua minggu sebelum Ramadan bermula, manakala tiket ke destinasi utara dan selatan negara sedang rancak mendapat tempahan penumpang.

Pegawai Pusat Panggilan Tempahan Tiket, Nadi Corp Holdings, Nor Aini Zuki, berkata tiket laluan Pantai Timur pada 27, 28 dan 29 Ogos habis dijual berikutan penumpang merancang awal untuk pulang menyambut Aidilfitri. “Bas Transnasional, Plusliner dan Nice Executive tidak menjalankan operasi pada Hari Raya pertama dan sehingga semalam (kelmarin), jualan tiket bagi Kedah dan Pulau Pinang masih dibuka. “Pihak pengurusan belum lagi membuat keputusan bagi mengadakan perkhidmatan bas tambahan, kerana ia ditentukan seminggu sebelum Hari Raya,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, setakat ini harga tiket masih sama dan pihaknya menjangka akan meningkatkan harga jika ada penambahan bagi waktu perkhidmatan bas.

Bagi perkhidmatan bas Sani Ekspres, kebanyakan penumpang juga mengambil inisiatif membeli tiket awal bagi melancarkan perjalanan balik ke kampung mereka.

Sehingga semalam, tiket bagi Kuala Terengganu habis dijual bagi tarikh 26, 27, 28 dan 29 Ogos tetapi perjalanan ke utara masih dibuka.

Sementara itu, KTM Berhad melalui Perkhidmatan KTM Intercity mengesahkan tiket ke Pantai Timur pada 26 hingga 29 Ogos habis dijual.

Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat, Mohd Fazil Ismail, berkata penambahan koc untuk laluan berkenaan akan dipertimbangkan dan pengumuman mengenainya akan dilakukan pada pertengahan bulan ini.

“Tiket untuk ke utara, selatan dan tengah masih boleh dibeli dan semua tiket mula dijual sejak 27 Julai lalu,” katanya.

KTM Berhad menyediakan 124,608 tiket pelbagai kelas ke semua kawasan untuk tarikh 20 Ogos hingga 10 September, dengan baki 34,314 boleh dibeli di kaunter seluruh rangkaian disediakan.

sumber – berita harian

Related posts:

  1. Tiket Malaysia Vs Singapura Telah Habis DiJual
  2. Rakyat Malaysia Cuti Umum Pada 16 September Sempena Hari Malaysia
  3. Harga Dan Lokasi Jual Tiket Malaysia Vs Singapura
  4. Kakitangan Awam (Penjawat) Di Selangor DiBeri Bonus Hari Raya RM500
  5. Bajet 2011 | Dasar ELV | Tiada Lagi Kenderaan Lama Di Jalan Raya

{ 1 comment… read it below or add one }

samsul arifin June 16, 2014 at 7:51 PM

memang dah musim ramai orang nak balik kampung sekarang ni lagi seminggu je dah nak bulan puasa pastu dah raya sapa yang tak beli tiket lagi baik beli sekarang kalau tak menyesal nanti.

Reply

Leave a Comment