Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Tiket Malaysia Vs Singapura Telah Habis DiJual

by Ezany-Kun in Berita

Kesemua baki 85,000 tiket yang disediakan untuk perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam Khamis, telah habis dijual, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek pada Rabu.

Beliau berkata penjualan tiket yang menggalakkan dan di luar jangkaan itu membuktikan sokongan padu rakyat Malaysia terhadap pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya tetap kukuh.

“Petang ini kesemua baki 85,000 tiket sudah habis dijual yang membuktikan rakyat Malaysia sememangnya yakin dengan pasukan kebangsaan.

“Saya menyeru semua penyokong datang memberi sokongan padu sehingga kita menang saingan ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui dalam tren KLIA Transit dalam perjalanan ke KL Sentral bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta anggota kabinet yang lain bagi kempen kibar Jalur Gemilang.

Sebanyak 60,000 tiket telah dibeli pada hari pertama tiket perlawanan itu dijual Selasa lepas. Malaysia kalah 3-5 pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar di republik itu, Sabtu lalu.

Related posts:

  1. Harga Dan Lokasi Jual Tiket Malaysia Vs Singapura
  2. Harga Tiket Malaysia Vs Lubnan (Lebanon) | 23 Jun 2011
  3. Harga Tiket Malaysia Vs Taiwan (Chinese Taipei) | 29 Jun 2011
  4. Harga Tiket Malaysia Vs Singapore | Kelayakan Piala Dunia 2014 | 28 Julai 2011
  5. Liverpool Dan Chelsea Datang Ke Malaysia Julai 2011

Leave a Comment