Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

TIndakan Mata Terkumpul Sistem Mata Demerit AWAS & KEJARA

by Ezany-Kun in Berita

Berikut adalah jenis tindakan yang akan dikenakan terhadap pemandu yang melakukan kesalahan dibawah Sistem Mata Demerit AWAS dan KEJARA mengikut jenis pemegang lesen
PEMEGANG LESEN MEMANDU KOMPETEN (CDL)

20 Mata Pertama – Amaran

20 Mata Kedua – Gantung Kali Pertama 6 – 8 Bulan

20 Mata Ketiga – Gantung Kali Kedua 8 – 10 Bulan

20 Mata Keempat – Gantung Kali Ketiga 10 – 12 Bulan

*CDL Dibatalkan – Tiga Kali Penggantungan Dalam Tempoh 5 Tahun

PEMEGANG LESEN MEMANDU PERCUBAAN (PDL)

20 Mata Pertama – Batal Lesen

Pemegang lesen yang telah mencapai jumlah mata demerit yang membolehkan tindakan amaran/gantung/batal dikenakan akan diberikan notis tentang tindakan yang bakal dikenakan. Penggantungan/Pembatalan lesen memandu akan bermula sebaik sahaja lesen memandu diserahkan oleh pemegang lesen tersebut atau selepas tempoh 21 hari notis pemberitahuan tindakan dikeluarkan.

Mana-mana pemandu yang lesen memandunya digantung atau dibatalkan perlu menyerahkan lesen memandu di mana-mana pejabat JPJ seterusnya dilarang untuk memandu kenderaan motor. Sekiranya disabitkan kesalahan memandu semasa lesen memandu digantung atau batal, mereka BOLEH DIDENDA TIDAK KURANG DARIPADA TIGA RIBU RINGGIT dan TIDAK LEBIH DARIPADA SEPULUH RIBU RINGGIT ATAU PENJARA TIDAK MELEBIHI TIGA TAHUN.

Pembatalan lesen memandu akan menyebabkan seseorang itu perlu mengikuti semula proses mendapatkan lesen memandu sebagaimana yang dilalui oleh bakal pemandu baharu.

Mana-mana pemegang lesen yang telah mengumpul sejumlah mata demerit tetapi belum mencapai dua puluh mata boleh memohon untuk mengikuti kursus pemulihan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dan sekiranya lulus dengan jayanya kursus tersebut, sejumlah lima puluh peratus (50%) mata demerit yang terkumpul akan ditolak sebagai insentif. Pemberian insentif ini adalah hanya sekali dalam tempoh memegang suatu lesen memandu.

Insentif pemanduan yang baik sebanyak lima puluh peratus (50%) pengurangan mata demerit juga boleh diberikan kepada pemegang lesen yang telah mengumpul sejumlah mata demerit tetapi tidak mencapai dua puluh mata dengan syarat mereka tidak pernah disabitkan atau dikompaunkan dengan mana-mana kesalahan terjadual dalam tempoh setahun daripada tarikh terakhir mata kesalahan terjadual direkodkan.

Untuk permulaan, hanya kesalahan yang melibatkan had laju dan pelanggaran isyarat lampu merah sahaja yang akan dikenakan mata demerit. Pelaksanaan sistem ini akan mula dikuatkuasakan pada 15 April 2017.

Sebarang pertanyaan mengenai inisiatif baru ini bolehlah di ajukan melalui email kepada kejara@jpj.gov.my.

Related posts:

  1. Penguatkuasaan Sistem AWAS & KEJARA
  2. 7 Kebaikan Air Mata Yang Menangis
  3. Awas! Teknik Terkini Peragut
  4. Simpan Makanan Dalam Bonet Kereta Untuk Jual Kepada Golongan Ponteng Puasa
  5. Sinopsis Sinetron Air Mata Cinta

Leave a Comment