Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M 3.0 2014

Ujibakat Kilauan Emas | Syarat, Tarikh, Lokasi | Astro Prima

by Ezany-Kun in Astro Prima,Kilauan Emas

Bagi mereka yang berminat menyertai program sebegini mestilah merupakan warganegara Malaysia yang berumur 45 tahun ke atas dan perlu membawa salinan kad pengenalan serta sekeping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang).

Para peserta juga dikehendaki untuk memilih satu lagu untuk dipersembahkan berdasarkan senarai lagu wajib yang telahpun disediakan. Antara sepuluh lagu wajib yang telah disediakan termasuklah Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu; dendangan asal oleh Ramlah Ram, Dipersimpangan Dilema (Nora), Seri Dewi Malam (Sharifah Aini), Gerhana (Kembara), Ku Pendam Sebuah Duka (Khatijah Ibrahim), Sampaikan Salam Cintaku (Alleycats), Epilog Cinta (Sohaimi Meor Hassan), Akhirnya Kini Pasti (Anita Sarawak), Sejati (Wings) dan Widuri (Broery Marantika).

Menerusi program ini, nasib para peserta akan ditentukan sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri yang mana dua orang peserta terbaik akan dipilih untuk mewakili setiap zon sebelum mara ke peringkat seterusnya. Lebih menarik lagi, penyanyi terkenal tanahair iaitu Sohaimi Mior Hassan dan penyanyi terkenal, Wan Norafizah binti Ariffin atau lebih dikenali sebagai Nora bakal disatukan buat pertama kali dan diberi mandat sebagai juri tetap yang dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Mereka bakal menilai para peserta daripada segi teknikal seperti kawalan suara, sebutan, pernafasan, intonasi, rentak, tempo serta kreativiti dan penghayatan persembahan.

Berikut merupakan senarai lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak produksi bagi mencari mereka yang berkelayakan dan berkebolehan dalam bidang nyanyian:

1. Johor Bahru (Zon Selatan) – Skudai Parade – 7 & 8 Mei 2011
2. Kuantan (Zon Timur) – Berjaya Megamall – 14 & 15 Mei 2011
3. Shah Alam (Zon Tengah) – Plaza Alam Sentral – 21 & 22 Mei 2011
4. Pulau Pinang (Zon Utara) – Kompleks Bukit Jambul – 28 & 29 Mei 2011

Untuk makluman, kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakkan.

Related posts:

  1. Lokasi Dan Tarikh Ujibakat Akademi Fantasia Musim Ke 9 | AF9
  2. Senarai Peserta Raja Lawak 5 | Astro Prima
  3. PC Fair 2011 | Tarikh Dan Lokasi
  4. Sinopsis Halimah Jongang The Series | Musim 2 | Astro Prima 105s
  5. Ujibakat Raja Lawak Musim 5

{ 7 comments… read them below or add one }

lela May 6, 2011 at 6:40 PM

nk tny…gmbr profil tu camne? td dgr kt sinarfm KE kata nak 2 kpg gmbr…tk fhm lh….

Reply

Ezany-Kun May 6, 2011 at 8:09 PM

sy pun tak pasti.. ikut ape yg astro btau kena bawak sekeping gambar dari muka sampai paras pinggang saiz 4R..

Reply

Mariam February 3, 2014 at 11:16 AM

Salam, keliru dgn syarat kelayakan umur bagi penyertaan Kilauan Emas 2014, adakah kelayakan umur utk menyertai pertandingan tsbt 40 thn keatas atau 45 thn ke atas? tolong reply pls terima kasih banyak,,,

Reply

Rozie October 14, 2014 at 10:15 PM

Saya hanya inginkan kepastian berapakah umur yang layak untuk menyertai kilauan emas adakah 40 atau 45 tahun. Dan ingin tahu bagaimana ingin mngetahui bila musim akan datang datang cara untuk dapatkan borang. Terima kasih pada pihak astro dapat beri kerjasama kpd kami yang berada di bahagian pendalaman… Terima kasih selali lagi..

Reply

Mariam February 3, 2014 at 11:26 AM

Oleh kerana ada artikal yg saya terbaca kelayakan umur utk menyertai pertandingan tsbt adalah 40 thn keatas dan ada jg artikal yg mengatakan kelayakan menyertai pertandingan ini adalah 45 thn keatas,,,so perkara ni mengelirukan bagi mereka yg berusia 40 thn ke atas tetapi belum melepasi usia 45 thn yg ingin menyertai pertandingan tsbt,,harap mendapat penjelasan terperinci drp pihak Astro. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Reply

Salim February 6, 2014 at 11:05 PM

Kenapa lagu wajib tak samaseperti disiarkan dikaca TV

Reply

rosli bin ibrahim March 7, 2014 at 9:59 AM

Saya Sedih Sejak Dari Remaja Lagi Tidak Pernah Mendapat Peluang Utk Menunjukan Bakat Selain Daripada Lagu2 Yang Di- Wajibkan Utk Pertandingan Kilauwan Emas 2014 Kali Ini . Saya Ingin Menyayi Lagu “Si Jelita Lagu Halil Chik” Rentak Tempoh Rock And Blues Tetapi Saya Bimbang Tak Di- Terima Nanti . Saya Ada Lah Abang Kpd A.Jalil Ibrahim ( Pemenang Tempat Ketiga Pertandingan Bintang RTM 1977. Umur Saya Sekarang 60 Tahun . Saya Ada Kad OKU. ( Saya Bukan Cacat Angota Saya Mengunakan Alat Pendengaran Saya Mampu Boleh Dengar ) Saya Boleh Main Mandolin ,Gitar Dan Lain2 Dan Boleh Membaca Nota Muzik Dan Menulis Sikit2. Pernah Bertanding Di- Dalam Beberapa Pertandingan Bersama Jamal Abdillah Dan Waan Semasa Di Teluk Intan Perak. Saya Johan Gitar ,Dan Jamal Abdillah Johan Nyayi. Saya Sekarang Pesara Kerajaan Tidak Berkerja Lagi Tetapi Saya Sehat Kalau Makan Ubat ( Sakit Orang Kaya2) Kalau Tuan /Puan Berminat Hubungi Saya H/P: 0192350841 Atau 03 87273298 Alamat No.41,Jalan TPS 2/2 Taman Pelangi Semenyih 43500 Semenyih Selangor. Isteri Saya Tak Bagi. Itu Saya Saya Sedih. Hanya Boleh Tunjuk Bakat Melalui H/P Sahaja.Terima Kaseh.

Reply

Leave a Comment