Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Usop Wilcha @ Shy8 Jadi DJ Slot Pagi Hot FM

by Ezany-Kun in Hiburan

Usop Wilcha yang juga dikenali sebagai Shy8 atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalulail, 46, telah dilamar oleh stesen radio Hot FM untuk memeriahkan lagi slot Hot FM Am Krew yang kini sudah pun mempunyai tiga penyampai iaitu Faizal Ismail, Fara Fauzana dan AG. Usop Wilcha akan memulakan kerjaya barunya sebagai DJ bermula esok, 16 Jun 2011.

“Hot FM melamar saya kira-kira sebulan yang lalu. Selepas berfikir masak-masak mengenai peluang yang hanya datang sekali seumur hidup ini, saya bersetuju menerima tawaran mereka. Memang sudah lama saya impikan untuk bergelar DJ, jadi apabila mendapat tawaran ini kenapa tidak saya mencuba saja.

“Lagipun Hot FM serius mahukan saya. Bila lagi saya nak dapat peluang bergandingan dengan Faizal, Fara dan AG? Saya juga tidak mahu tawaran yang hanya sekadar cakap kosong. Hot FM pula, selepas beberapa sesi pertemuan, saya nampak kesungguhan mereka untuk mendapatkan saya.

“Walaupun peminat tak dapat melihat wajah saya, sekurang-kurangnya melalui Hot FM mereka boleh mendengar suara saya. Saya akan berkongsi pelbagai pengalaman saya bersama peminat. Mungkin saya perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru ini. Maklumlah saya tidak mempunyai pengalaman dalam bidang penyampaian radio sebelum ini. Bagaimanapun saya yakin dengan sokongan teman seperjuangan, insya-Allah saya dapat menyesuaikan diri dalam tempoh seminggu dua ini,” kata Shy8.

Nampaknya Hot FM telah mengambil langkah untuk menyaingi stesen radion paling popular malaysia iaitu Sinar FM yang mendapat sambutan hangat seltelah mengambil Salih Yaakob menjadi DJ konti mereka.

Related posts:

  1. Biodata Dan Latar Belakang Usop Wilcha | Gambar
  2. Video Usop Wilcha @ Maharaja Lawak Minggu 3 | Youtube
  3. Video Usop Wilcha @ Maharaja Lawak Minggu 2 | Youtube
  4. Sinopsis Anissa | Slot Samarinda TV3
  5. Sinopsis Sahara | Slot Samarinda TV3

Leave a Comment